Terdapat berbagai lagenda yang berunsur tempatan terdapat di Mukim Bukit Sawat ini. Di antara yang banyak diketahui oleh sebilangan besar penduduk asli di sini adalah seperti:
a) Lagenda Pulau Apil:
Kisah seorang ibu dan anak kecilnya yang bertukar menjadi batu.
b) Lagenda Pok Rigan
Kisah pembunuhan seekor ular raksasa.
c) Lagenda Pagino Papas
Kisah dua orang adik beradik yang tersesat di hutan.
d) Lagenda Si Mugang Sidu
Kisah perjuangan seorang wira tempatan menentang musuh yang datang dari luar.
e) Lagenda Bukit Serawong
Kisah sewaktu zaman bilamana banjir besar pernah terjadi.
f) Lagenda Merugi Bungkok
Kisah pertarungan antara seekor ular sawa dan seekor buaya besar.
g) Lagenda Bukid Tadung Kayan
Kisah pertempuran antara puak Dusun dengan puak Kayan
Selain itu terdapat juga cerita-cerita lisan penglipur lara atau sastera rakyat yang sering didengar dituturkan oleh orang-orang tua suatu ketika dulu bilamana sebelumnya ada terdapat peralatan radio dan tv di rumah-rumah di mukim ini. Yang banyak diceritakan adalah seperti:
a) Kisah Edan ya Edandow
b) Kisah-Kisah Yalui ya Yadong
c) Kisah Anak Sada Tayan Ragang
d) Kisah Tuan Puti Buncu
e) Kisah Anak Raja Setampap
f) Kisah Kalias Jadi Diok
g) Kisah Mulo Asal Parai
h) Kisah Asal Mulo Tampuyong
i) Kisah Anak Lamatai Ya Jalama
j) Kisah Puok ya Yungkok
k) Kisah Awang Kabuncuan
Sebuah buku yang memuatkan beberapa cerita rakyat yang berasal dari Mukim Bukit Sawat yang bertajuk "Koleksi Cerita Rakyat Sang Jati - Siri 1" tulisan Mohamad Hatta Haji Suhaili & Nur Anita Awanis Setia telah diterbitkan pada tahun 2005.
Buku tersebut ditulis di dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Sang Jati Dusun dan mengandungi 10 buah cerita rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan