Ahad, 26 Jun 2016

BANTUAN DERMA HARI RAYA

Dyg Nuraisyah bergambar ramai  bersama guru-guru dan murid-murid  Sekolah Rendah Orang Kaya Pemancha Berandai, Mukim Bukit Sawat

Pihak guru-guru serta ahli-ahli  PIBG Sekolah Rendah Orang Kaya Pemancha Berandai Bukit Sawat telah dengan murah hati berkesudian menghulur bantuan berupa  barang-barang keperluan bagi menyambut hari raya yang bakal menjelang kepada beberapa orang penduduk  di Kampong Merangking pada pagi Sabtu 25hb Jun 2016 kelmarin.

Salah seorang penerima bantuan, Dayang Nuraisyah bt Abdullah yang baharu sahaja kehilangan suaminya yang terlibat di dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di kawasan Sg Kagu baru-baru ini berasa bersukur dan berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan tersebut.









Khamis, 7 Januari 2016

TAMU BULANAN MERANGKING

 

Adalah difahamkan bahawa Tamu Bulanan Merangking akan diadakan pada pagi  hari Ahad 10hb Januari 2016 ini nanti.  Dijangkakan berbagai produk hasil tempatan seperti umbut serta ikan-ikan air tawar akan turut serta dijual pada hari itu kelak.

Orang ramai dipersilakan datang.

[Produk jualan adalah terhad. Maka datanglah lebih awal supaya tidak ketinggalan! ]

Isnin, 8 Jun 2015

MEMBERSIH TANAH PERKUBURAN ISLAM BUKIT SAWAT


Satu kegiatan amal untuk membersih kawasan tanah  perkuburan orang-orang Islam di Kampong Bukit Sawat akan diadakan pada pagi Khamis 11 Jun 2015 atas anjuran bersama Majlis Perundingan Kampong dan Mukim Bukit Sawat dan beberapa pihak swasta.

Para penduduk kampung dan orang ramai yang ingin turut serta adalah dialu-alukan turut bersama.

Selasa, 2 Jun 2015

KARNIVAL BUKIT SAWAT 2015


Majlis Perundingan Kampong Bukit Sawat telah mengadakan satu majlis Karnival pada hari Ahad 31 Mei 2015 bertempat di Taman Rekreasi Sungai Mau, Mukim Bukit Sawat.

Berita lanjutnya sila lihat lapuran di suratkhabar Media Permata.



Isnin, 11 Mei 2015

TAMU MERANGKING


Penduduk-penduduk kampung di kawasan Kampong Merangking di Mukim Bukit Sawat telah mengadakan satu acara tamu berjual-jualan berbagai jenis produk seperti kuih-muih, sayur-sayur, buah-buahan dan ikan tempatan selain barang-barang anyaman serta pemarang dan sebagainya pada pagi Ahad 10hb Mei 2015 yang lepas.

Acara tersebut adalah merupakan aktiviti tamu yang terbaru sejak ianya buat beberapa tahun telah tidak diadakan secara besar-besaran di kawasan tersebut. Adalah difahamkan tamu berkenaan dirancang akan diadakan sekali setiap bulan pada tarikh-tarikh yang akan diumumkan kemudian.




Para penjual sebok dengan  pengunjung yang datang



Berjualan bersama-sama menggunakan payung


 
Penjualan umbut luba serta pisang berbagai jenis


Penjualan buah-buah  nenas, lada dan terung tempatan




Sayur pucuk daun yang masih segar

Kuih-muih  dan sebagainya siap sedia untuk peminatnya
Beraneka barang-barang anyaman dipamer untuk jualan

Penjualan pemarang yang sudah siap dengan hulu dan sarung

Ikan baung  segar yang turut dijual
Senang hati apabila barang jualan habis terjual

Tengok dulu.....  Betulkah  ini ikan salai?

Laku....... Laku...... Produk hampir laris habis kena beli......



Sabtu, 13 Disember 2014

PENCALUNAN JAWATAN KETUA KAMPONG MERANGKING


Satu majlis pembukaan pencalunan jawatan ketua kampung bagi kawasan Kampong Merangking telah di adakan oleh pihak Jabatan Daerah Kuala Belait pada hari Jumaat 5hb Disember 2014.

Pencalunan adalah bagi mengisi jawatan kosong ketua kampong berkenaan yang pada masa ini sedang dipangku oleh Awang Raimey bin Abdullah.

Pencalunan adalah dibuka sehingga 22hb Disember 2014.

Rabu, 7 Mei 2014

SAMBUTAN HARI KELUARGA 2014

Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2014 bagi Zon 1 Daerah Belait telah diadakan sekali lagi di Taman Rekreasi Sungai Mau, Mukim Bukit Sawat pada hari Ahad 4 Mei 2014 yang lalu. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Tetamu kehormat turut bersama dalam acara tarik kalat

Berbagai acara telah diaturkan di majlis tersebut yang merangkumi berbagai kategori meliputi acara keagamaan,  acara persembahan kebudayaan berkeluarga, acara kesukanan, pendidikan, pameran serta bazar serta acara sampingan bagi penyertaan semua lapisan dan peringkat masyarakat di kawasan berkenaan.


Pameran dan jualan barang-barang anyaman
Pertunjukan seni mempertahankan diri
Kanak-kanak siok bermain dengan kawan-kawan...

"Sumpit tah lurus-lurus......"



Antara kraftangan yang turut dipamerkan

Serawong, nyiru dan sebagainya

Menjual barang hasil kraftangan buatan sendiri

Masing-masing sebok dengan bisnes nampaknya.....




Aneka jenis barang dipamer untuk jualan

"Bali tah... jangan malu-malu"
Ikan badus kering menunggu pelanggan
Gembira bersama keluarga
 
Sayur-sayuran yang dijual untuk para pengunjung

Buah labu pun turut dipamerkan untuk jualan

"Maaf ' dah kana buking........ abis umbut laku kana bali"

Kuih-muih pun ada....

Buku-buku cerita bekas pakai  "on sale"

Gembiranya bersama keluarga....

Sebok membuat "waffle"....

Antara yang hadir beramai-ramai

Tema yang dipilih bagi sambutan Hari Keluarga Peringkat  Kebangsaan 2014 adalah "KELUARGA BERWAWASAN" sementara tema yang dipilih bagi Zon 1 adalah "KELUARGAKU HARAPAN NEGARAKU".


Isnin, 17 Februari 2014

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA YB AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA

Yang Berhormat Awang Haji Shafiee bin Ahmad

Gambar ramai bersama penduduk mukim yang hadir


Yang Berhormat Awang Haji Shafiee bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara  bagi Daerah Belait telah membuat satu inisiatif untuk mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang penduduk secara selektif  di Mukim Bukit Sawat ini untuk sama-sama menghasilkan buah-buah fikiran positif yang dikira relevan untuk pembangunan dan perkembangan mukim dan negara secara umumnya dan bersesuaian dengan kehendak masa di zaman sekarang.

Turut sama melaksanakan usaha tersebut adalah  Pmk Ketua Kampong Bukit Sawat, Awang Mohamad bin Abdullah dan  Pmk Ketua Kampong Merangking, Awang Raimey bin Abdullah.


Awang Mohamad bin Abdullah,
Pmk Ketua Kampong Bukit Sawat

         
                 Awang Raimey bin Abdullah,
              Pmk Ketua Kampong Merangking



Pertemuan tersebut telah diadakan di dewan serba guna di Kampong Sungai Mau pada petang hari   Ahad 16hb February 2014.  Segala buah fikiran yang diketengahkan telah sama-sama dikumpulkan untuk tujuan pertimbangan dan penelitian serta tindakan yang sewajarnya. Adalah difahamkan usaha mengadakan perjumpaan  sedemikian akan turut diungkayahkan juga dari masa ke se masa yang lain di masa depan di mukim ini.. 

Beberapa penduduk mukim yang hadir yang turut memberi sumbangan buah fikiran

Selasa, 22 Oktober 2013

PERLANTIKAN PEMANGKU PENGHULU DAN KETUA-KETUA KAMPUNG


Terdapat perkembangan terbaru tentang pemegang jawatan-jawatan Pemangku Penghulu Mukim Bukit Sawat serta ketua-ketua kampung  Merangking dan Bukit Sawat.

Sejak Oktober 2013 jawatan Ketua Kampong Merangking yang dipegang oleh Awang Haji Masut sebelum ini  telah dikosongkan sementara waktu bagi pengurusan perlantikan penjawat pemangku sementara yang baharu.


Menurut maklumat  2 orang anak buah kampung telah dilantik secara bersurat sejak 16 Disember 2013 yang lalu untuk memegang jawatan pemangku ketua-ketua kampung iaitu:

                 1)  Awang Mohamad bin Abdullah  - Pmk. Ketua Kampung Bukit Sawat
                 2)  Awang Raimey  bin Abdullah - Pmk. Ketua Kampung Merangking

Sementara itu adalah difahamkan bahawa jawatan penghulu mukim bagi Mukim Bukit Sawat sekarang sedang dipangku secara sementara oleh Awang Haji Abdul Hamid bin Umin, Penghulu Mukim Liang-Lumut



UPDATED: 14 JANUARY 2014



Ahad, 5 Mei 2013

SAMBUTAN HARI KELUARGA 2013



SAMBUTAN HARI KELUARGA 2013
DAERAH BELAIT ZON 1
 DI TAMAN REKREASI SUNGAI MAU, MUKIM BUKIT SAWAT
PADA 5HB MEI 2013





Sambutan Hari Keluarga 2013  bagi Zon 1 Daerah Belait telah dilancarkan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar di Taman Rekreasi Sungai Mau yang kemudiannya mengetuai acara riadah basikalton berkeluarga.

Pelepasan basikalton telah disempurnakan oleh Pengerusi Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2013 Zon 1 Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Awang Haji Shafiee bin Ahmad bermula dari kawasan Tangki Air Sungai Liang dan berakhir di Taman Rekreasi Sungai Mau.

Sambutan di Zon ini dimeriahkan dengan berbagai aktiviti persembahan kebudayaan berbentuk tarian-tarian tradisi penduduk pedalaman, demonstrasi pemadaman api, pameran kesihatan, jualan, dan sebagainya telah diadakan, yang kesemuanya diatur untuk penglibatan orang ramai bersama-sama dengan ahli keluarga masing-masing.


Yang Berhormat Pehin juga turut menyertai bersama-sama penduduk kampung dalam acara tarik kalat tradisi, ski darat dan menyumpit, di samping meluangkan waktu meninjau acara-acara yang disediakan termasuklah melawat gerai jualan keluarga dan jualan satu kampung satu produk mukim-mukim Bukit Sawat, Sukang, Melilas dan Sungai Liang.


Acara sambutan ini telah didahulukan dengan menunaikan solat fardu Subuh berjemaah di  Masjid Sungai Mau  diikuti dengan kuliah Subuh dan seterusnya acara riadah basikalton dan walkathon.


Sementara itu malam sebelumnya turut diadakan Majlis Solat Fardu Magrib dan Fardu Isya' berjemaah bersempena sambutan diadakan dan diteruskan dengan membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah di
masjid berkenaan.


Berbagai jenis barang makanan yang dijual di gerai


Gerai-gerai makanan
Sebok memilih makanan
Penjualan kuih-muih
Sedapnya panggang ayam
Berbagai jenis umbut yang dijual
Ikan air tawar yang turut menjadi rebutan pembeli
Menjual buah sikui kegemaran bersama pisang dan buah peria
Umbut bengkala, buah peria dan ikan salai turut terjual


Cantiknya benda ini!
Berbagai jenis tongkat kayu
Pemarang-pemarang yang turut dipamer untuk jualan
Nak pilih yang mana satu ni?
Hasil anyaman dari Sg Liang
Hasil kraftangan dari Melilas
Barang-barang antik
Turut dengan pameran dan penjualan barang antiknya
Pameran Kementerian Perhubungan
 
Senarai beberapa acara yang diadakan

Peraduan mengisi air ke dalam botol
Peraduan mewarna bagi kanak-kanak
Peraduan tarik kalat keluarga


Krew RTB sebok nampaknya tu!

Begitu juga pengacara majlis sebok pusing keliling "berkenyanyang"!




Tak apa asal semua yang hadir di majlis Hari Keluarga Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Keluargaku Harapanku  berpuas hati dengan apa yang diungkayahkan.  Brunei pasti BOLEH!