SAMBUTAN HARI KELUARGA 2013
DAERAH BELAIT ZON 1
DI TAMAN REKREASI SUNGAI MAU, MUKIM BUKIT SAWAT
PADA 5HB MEI 2013
Sambutan Hari Keluarga 2013 bagi Zon 1 Daerah Belait telah dilancarkan oleh Menteri Perhubungan, Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar di Taman Rekreasi Sungai Mau yang
kemudiannya mengetuai acara riadah basikalton berkeluarga.
Pelepasan basikalton telah disempurnakan oleh Pengerusi Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2013 Zon 1
Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Awang Haji Shafiee bin Ahmad bermula dari kawasan
Tangki Air Sungai Liang dan berakhir di Taman Rekreasi Sungai Mau.
Sambutan di Zon ini dimeriahkan dengan berbagai aktiviti persembahan kebudayaan berbentuk tarian-tarian tradisi penduduk pedalaman, demonstrasi
pemadaman api, pameran kesihatan, jualan, dan sebagainya telah diadakan, yang kesemuanya diatur untuk
penglibatan orang ramai bersama-sama dengan ahli keluarga masing-masing.
Yang
Berhormat Pehin juga turut menyertai bersama-sama
penduduk kampung dalam acara tarik kalat tradisi, ski darat dan
menyumpit, di samping meluangkan waktu meninjau acara-acara yang
disediakan termasuklah melawat gerai jualan keluarga
dan jualan satu kampung satu produk mukim-mukim Bukit Sawat, Sukang, Melilas dan Sungai Liang.
Acara sambutan ini telah didahulukan dengan menunaikan solat fardu Subuh berjemaah di Masjid Sungai Mau diikuti dengan kuliah Subuh
dan seterusnya acara riadah basikalton dan walkathon.
Sementara itu malam sebelumnya turut diadakan Majlis Solat Fardu Magrib dan Fardu Isya' berjemaah
bersempena sambutan diadakan dan diteruskan dengan membaca Surah Yasin,
Tahlil dan Doa Arwah di masjid berkenaan.
|
Berbagai jenis barang makanan yang dijual di gerai |
|
Gerai-gerai makanan |
|
Sebok memilih makanan |
|
Penjualan kuih-muih |
|
Sedapnya panggang ayam |
|
Berbagai jenis umbut yang dijual |
|
Ikan air tawar yang turut menjadi rebutan pembeli |
|
Menjual buah sikui kegemaran bersama pisang dan buah peria |
|
Umbut bengkala, buah peria dan ikan salai turut terjual |
|
Cantiknya benda ini! |
|
Berbagai jenis tongkat kayu |
|
Pemarang-pemarang yang turut dipamer untuk jualan |
|
Nak pilih yang mana satu ni? |
|
Hasil anyaman dari Sg Liang |
|
Hasil kraftangan dari Melilas |
|
Barang-barang antik |
|
Turut dengan pameran dan penjualan barang antiknya |
|
Pameran Kementerian Perhubungan |
| | |
Senarai beberapa acara yang diadakan | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |
|
|
|
Peraduan mengisi air ke dalam botol |
|
Peraduan mewarna bagi kanak-kanak |
|
Peraduan tarik kalat keluarga
|
|
Krew RTB sebok nampaknya tu!
|
|
Begitu juga pengacara majlis sebok pusing keliling "berkenyanyang"!
Tak apa asal semua yang hadir di majlis Hari Keluarga Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Keluargaku Harapanku berpuas hati dengan apa yang diungkayahkan. Brunei pasti BOLEH!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan