Penduduk-penduduk kampung di kawasan Kampong Merangking di Mukim Bukit Sawat telah mengadakan satu acara tamu berjual-jualan berbagai jenis produk seperti kuih-muih, sayur-sayur, buah-buahan dan ikan tempatan selain barang-barang anyaman serta pemarang dan sebagainya pada pagi Ahad 10hb Mei 2015 yang lepas.
Acara tersebut adalah merupakan aktiviti tamu yang terbaru sejak ianya buat beberapa tahun telah tidak diadakan secara besar-besaran di kawasan tersebut. Adalah difahamkan tamu berkenaan dirancang akan diadakan sekali setiap bulan pada tarikh-tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Para penjual sebok dengan pengunjung yang datang |
Berjualan bersama-sama menggunakan payung |
Penjualan umbut luba serta pisang berbagai jenis |
Penjualan buah-buah nenas, lada dan terung tempatan |
Sayur pucuk daun yang masih segar |
Kuih-muih dan sebagainya siap sedia untuk peminatnya |
Beraneka barang-barang anyaman dipamer untuk jualan |
Penjualan pemarang yang sudah siap dengan hulu dan sarung |
Ikan baung segar yang turut dijual |
Senang hati apabila barang jualan habis terjual |
Tengok dulu..... Betulkah ini ikan salai? |
Laku....... Laku...... Produk hampir laris habis kena beli...... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan