|
Yang Berhormat Awang Haji Shafiee bin Ahmad |
|
Gambar ramai bersama penduduk mukim yang hadir |
Yang Berhormat Awang Haji Shafiee bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Belait telah membuat satu inisiatif untuk mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang penduduk secara selektif di Mukim Bukit Sawat ini untuk sama-sama menghasilkan buah-buah fikiran positif yang dikira relevan untuk pembangunan dan perkembangan mukim dan negara secara umumnya dan bersesuaian dengan kehendak masa di zaman sekarang.
Turut sama melaksanakan usaha tersebut adalah Pmk Ketua Kampong Bukit Sawat, Awang Mohamad bin Abdullah dan Pmk Ketua Kampong Merangking, Awang Raimey bin Abdullah.
|
Awang Mohamad bin Abdullah,
Pmk Ketua Kampong Bukit Sawat |
|
|
Awang Raimey bin Abdullah,
Pmk Ketua Kampong Merangking
|
Pertemuan tersebut telah diadakan di dewan serba guna di Kampong Sungai Mau pada petang hari Ahad 16hb February 2014. Segala buah fikiran yang diketengahkan telah sama-sama dikumpulkan untuk tujuan pertimbangan dan penelitian serta tindakan yang sewajarnya. Adalah difahamkan usaha mengadakan perjumpaan sedemikian akan turut diungkayahkan juga dari masa ke se masa yang lain di masa depan di mukim ini..
|
Beberapa penduduk mukim yang hadir yang turut memberi sumbangan buah fikiran |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan