Ini adalah blog persendirian dan tidak ada kaitannya dengan mana-mana pihak yang lain
Isnin, 8 Jun 2015
MEMBERSIH TANAH PERKUBURAN ISLAM BUKIT SAWAT
Satu kegiatan amal untuk membersih kawasan tanah perkuburan orang-orang Islam di Kampong Bukit Sawat akan diadakan pada pagi Khamis 11 Jun 2015 atas anjuran bersama Majlis Perundingan Kampong dan Mukim Bukit Sawat dan beberapa pihak swasta.
Para penduduk kampung dan orang ramai yang ingin turut serta adalah dialu-alukan turut bersama.
Selasa, 2 Jun 2015
KARNIVAL BUKIT SAWAT 2015
Majlis Perundingan Kampong Bukit Sawat telah mengadakan satu majlis Karnival pada hari Ahad 31 Mei 2015 bertempat di Taman Rekreasi Sungai Mau, Mukim Bukit Sawat.
Berita lanjutnya sila lihat lapuran di suratkhabar Media Permata.
Isnin, 11 Mei 2015
TAMU MERANGKING
Penduduk-penduduk kampung di kawasan Kampong Merangking di Mukim Bukit Sawat telah mengadakan satu acara tamu berjual-jualan berbagai jenis produk seperti kuih-muih, sayur-sayur, buah-buahan dan ikan tempatan selain barang-barang anyaman serta pemarang dan sebagainya pada pagi Ahad 10hb Mei 2015 yang lepas.
Acara tersebut adalah merupakan aktiviti tamu yang terbaru sejak ianya buat beberapa tahun telah tidak diadakan secara besar-besaran di kawasan tersebut. Adalah difahamkan tamu berkenaan dirancang akan diadakan sekali setiap bulan pada tarikh-tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Para penjual sebok dengan pengunjung yang datang |
Berjualan bersama-sama menggunakan payung |
Penjualan umbut luba serta pisang berbagai jenis |
Penjualan buah-buah nenas, lada dan terung tempatan |
Sayur pucuk daun yang masih segar |
Kuih-muih dan sebagainya siap sedia untuk peminatnya |
Beraneka barang-barang anyaman dipamer untuk jualan |
Penjualan pemarang yang sudah siap dengan hulu dan sarung |
Ikan baung segar yang turut dijual |
Senang hati apabila barang jualan habis terjual |
Tengok dulu..... Betulkah ini ikan salai? |
Laku....... Laku...... Produk hampir laris habis kena beli...... |
Langgan:
Catatan (Atom)