Selasa, 22 Oktober 2013

PERLANTIKAN PEMANGKU PENGHULU DAN KETUA-KETUA KAMPUNG


Terdapat perkembangan terbaru tentang pemegang jawatan-jawatan Pemangku Penghulu Mukim Bukit Sawat serta ketua-ketua kampung  Merangking dan Bukit Sawat.

Sejak Oktober 2013 jawatan Ketua Kampong Merangking yang dipegang oleh Awang Haji Masut sebelum ini  telah dikosongkan sementara waktu bagi pengurusan perlantikan penjawat pemangku sementara yang baharu.


Menurut maklumat  2 orang anak buah kampung telah dilantik secara bersurat sejak 16 Disember 2013 yang lalu untuk memegang jawatan pemangku ketua-ketua kampung iaitu:

                 1)  Awang Mohamad bin Abdullah  - Pmk. Ketua Kampung Bukit Sawat
                 2)  Awang Raimey  bin Abdullah - Pmk. Ketua Kampung Merangking

Sementara itu adalah difahamkan bahawa jawatan penghulu mukim bagi Mukim Bukit Sawat sekarang sedang dipangku secara sementara oleh Awang Haji Abdul Hamid bin Umin, Penghulu Mukim Liang-Lumut



UPDATED: 14 JANUARY 2014



Ahad, 5 Mei 2013

SAMBUTAN HARI KELUARGA 2013



SAMBUTAN HARI KELUARGA 2013
DAERAH BELAIT ZON 1
 DI TAMAN REKREASI SUNGAI MAU, MUKIM BUKIT SAWAT
PADA 5HB MEI 2013





Sambutan Hari Keluarga 2013  bagi Zon 1 Daerah Belait telah dilancarkan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar di Taman Rekreasi Sungai Mau yang kemudiannya mengetuai acara riadah basikalton berkeluarga.

Pelepasan basikalton telah disempurnakan oleh Pengerusi Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2013 Zon 1 Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Awang Haji Shafiee bin Ahmad bermula dari kawasan Tangki Air Sungai Liang dan berakhir di Taman Rekreasi Sungai Mau.

Sambutan di Zon ini dimeriahkan dengan berbagai aktiviti persembahan kebudayaan berbentuk tarian-tarian tradisi penduduk pedalaman, demonstrasi pemadaman api, pameran kesihatan, jualan, dan sebagainya telah diadakan, yang kesemuanya diatur untuk penglibatan orang ramai bersama-sama dengan ahli keluarga masing-masing.


Yang Berhormat Pehin juga turut menyertai bersama-sama penduduk kampung dalam acara tarik kalat tradisi, ski darat dan menyumpit, di samping meluangkan waktu meninjau acara-acara yang disediakan termasuklah melawat gerai jualan keluarga dan jualan satu kampung satu produk mukim-mukim Bukit Sawat, Sukang, Melilas dan Sungai Liang.


Acara sambutan ini telah didahulukan dengan menunaikan solat fardu Subuh berjemaah di  Masjid Sungai Mau  diikuti dengan kuliah Subuh dan seterusnya acara riadah basikalton dan walkathon.


Sementara itu malam sebelumnya turut diadakan Majlis Solat Fardu Magrib dan Fardu Isya' berjemaah bersempena sambutan diadakan dan diteruskan dengan membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah di
masjid berkenaan.


Berbagai jenis barang makanan yang dijual di gerai


Gerai-gerai makanan
Sebok memilih makanan
Penjualan kuih-muih
Sedapnya panggang ayam
Berbagai jenis umbut yang dijual
Ikan air tawar yang turut menjadi rebutan pembeli
Menjual buah sikui kegemaran bersama pisang dan buah peria
Umbut bengkala, buah peria dan ikan salai turut terjual


Cantiknya benda ini!
Berbagai jenis tongkat kayu
Pemarang-pemarang yang turut dipamer untuk jualan
Nak pilih yang mana satu ni?
Hasil anyaman dari Sg Liang
Hasil kraftangan dari Melilas
Barang-barang antik
Turut dengan pameran dan penjualan barang antiknya
Pameran Kementerian Perhubungan
 
Senarai beberapa acara yang diadakan

Peraduan mengisi air ke dalam botol
Peraduan mewarna bagi kanak-kanak
Peraduan tarik kalat keluarga


Krew RTB sebok nampaknya tu!

Begitu juga pengacara majlis sebok pusing keliling "berkenyanyang"!




Tak apa asal semua yang hadir di majlis Hari Keluarga Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Keluargaku Harapanku  berpuas hati dengan apa yang diungkayahkan.  Brunei pasti BOLEH!